SEDIKIT FAKTA MENGENAI KES ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE :
?Dia dikatakan telah dirasuk oleh 6 roh jahat yg dikenali sebagai roh� Judas Iscariot, Nero, Cain, Adolf hitler dan Valentin fleischmann (seorang paderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagai Lucifer (dikatakan sebagai syaitan).
?Anneliese mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh� jahat tersebut pada tarikh tersebut.
?Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.
?Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi� tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab� yang tidak dijelaskan.